Isnin, 28 Mei 2012

Lirik Punch Card - Altimet

pukul 6 pagi masa untuk aku bangkit
handfon dah memekak mekak telinga aku bingit
mandi siap sarung baju tali leher macam jerut
xsempat seterika seluar kene pakai walau kedut hey
beli jemput jemput sekadar mengalas perut
masuk lrt kecoh semua orang rebut rebut
sebelum pergi meja tolong scan kad dekat kaunter
jangan lupa anda diperhati semata big brader

punch card
oh cepat
punch card
jangan lambat 2x

hey 12 tengah hari
sms buah hati
dia tanya makan ape aku jwab makan nasi
menu tengah bulan sayur telur kuah kari
aku jalan pergi gerai sebab bajet ku dah lari
lepas itu balik office kene call die lagi
yang ini punch card wajib paling kurang sehari dua kali
dia suke cakap aku dengar dengan rela
asal xberleter sebab dia memang mulut laser

punch card
oh cepat
punch card
jangan lambat 2x

7 1 5
waktu senja kala
aku masih merangkak rangkak di atas jalan raya
sayup kedengaran pangilan
dari rumahNya
waktu pendek untuk aku punch card dgn yang Esa

punch card
oh cepat
punch card
jangan lambat 4

Selasa, 22 Mei 2012

Lirik Anak Gadis - SSK feat Paan,G

Chorus – Paan
Ku dah rimas, skang time ‘tuk aku bebas
Dari kekusutan yang halang ku untuk bernafas
Anak gadis yang tak tahu malu
Jangan hampiriku
Ku tak mahu, dirimu, dalam hidupku

Saph
Bukan ku tak kisah, bukan ku tak hirau
Bila aku sibuk sikit, kau tak perlu risau
Telefon berdering, tiap masa, tanpa henti
Bila ku di studio, bukannya bererti-
Aku tanak melayan, tuduh itu ini
Aku juga perlu masa untuk bersendiri
Susah ke nak percaya? aku tak menipu
Tidur lewat malam, aku cuma tulis lagu
Kawan sikit salah, aku bukannya majalah
Tak ada masalah pun, nak marah marah lah
Masuk kiri, keluar kanan
Aku sayang alam, malas buang karan
Hari-hari bergaduh, aku pun tak tahan
Tiap kali aku nak jelaskan, kau kata "alasan"
Bukan aku tak nak, mainkan peranan
Kau terlalu kecoh, sila tinggalkan pesanan

Chorus

G
Jangan banyak bunyi, dah bingit nak dengar
Tak larat kene cakar, tak larat bertengkar
Dulu You penyayang, skarang You curang
Jangan nk buat wayang, Jangan nak temberang
Kalau ikut hati dah lama kena lempang
Pastu ngadu orang benci, perangai You yang macam gampang
Nak pegi sangat, angkat kaki bole blah
Malas amik kisah, dah naik menyampah
Mulut manis buat janji memg petah
Muka macam You kat luar pun bersepah
I tak menyesal walau hati I pasrah
I hanya mampu bersabar dan berserah
Cukup-cukup la buat hidup I haru biru
Selamat jalan, bahagia lah ngan hidup baru
Last nasihat, ubah perangai segera
Takut takde orang nak, tengok pun tak selera

Chorus

NBE
Relaks tarik nafas, kalau nak cakap lekas
Sejujurnya I tanak dengar, I dah malas
Nama You bukan asma tapi I susah bernafas
Dikongkong sepanjang masa, pergerakan terbatas
You macam G-string, mula-mula selesa
Rimas bila dah lama, naik muak tengok muka
Bila I layan peminat, You marah gila
Tapi kalau You boleh je, sebab keje
I tahu, You macam waktu, kuat cemburu
Tapi I kena pegi studio, siapkan lagu
Dalam dunia ni ada huruf I dengan You
Tapi dalam dunia kita hanya ada You, You, You
Semua ikut cakap You, memang I yang bersalah, ampun tuan ku
Tak perlu pura-pura kita dah tak gembira, baik berpisah je

Lirik Susah Betul-The Rebel Scum


hari-hari cari makan sampai hidup kena tekan
harap habuk pun takda
nak cakap pun segan-segan
ape nak jadi
sampai sekarang takde duit lagi
buat ape pening-pening hidup pun macam nak mati
suke hati
ape lagi ko nak cakap sampai ko cakap tak cukup
bini orang pun engkau nak cekup
sedar tak sedar hidup ko memang dah lingkup
ape kate seni ko jangan nak sibuk-sibuk
kepada kanak-kanak ribena zaman skarang
hidup ni bukan senang
yang jadi akan malang
hidup ni susah jadi fikirlah masa depan dengan teliti
kalau nak hidup fantasi baik masuk realiti tv
aku cukup bosan budak ngade-ngade
lagi-lagi yang kaye
belanje duit fuck tak ingat dunie
jangan terase
ni nasihat dari pengalaman
jadikan ia tauladan supaya hidup tak tenggelam

hidup ni susah (susah betul)
lagi la susah kalau kita semua jalan lurus bendul
kalau ade susah yang timbul sah pening kepala
tapi jangan huru hara
fikir betul-betul
(2x)

ingat senang la sangat
susah jugak nak buat lagu ni
aku ni
first time tulis bahase Melayu ni
nak rap bahase baku, tak dapat jekk..
dah bertahun-tahun tak sentuh BM punya buku teks
rileks
tapi kena usaha lebih jugak nanti kate nak jadi popular gile macam
macam sape? teka sendiri
isi tempat kosong
aku nak gerr
lu rileks sambil melopong
nak cepat, terlambat
nak buat, tak dapat-dapat
lagi nak dekat dapat
ingat dapat pulak tak puas hati
nak buat ni tak jadi
nak buat tu tak jadi
ade je bende yang tak kene
tapi ape boleh buat
kate kite ni manusia
peranan kite janganlah berangan
semua bende senang kalau perleceh tak ingat tu biase tu
cube sampai muntah satu hari gempak sepak tu..

hidup ni susah (susah betul)
lagi la susah kalau kita semua jalan lurus bendul
kalau ade susah yang timbul sah pening kepala
tapi jangan huru hara
fikir betul-betul
(2x)

betul-betul (susah)
kebanyakan orang suke gelabah
suke buat perangai sampai orang lagi menyampah
suke tokok tambah
sesah sampai cedera parah
semue orang susah ***
tak payah marah-marah
tapi jangan
kadang aku pun tak tahan
asal lak aku jugak yang pokai
korang semue joli sakan
(hidup ini susah dan juga boleh menyusahkan)
kalau tak lagak hero pun boleh gila gaban
hidup boleh kasi penangan
Kalau nak goyang kaki
boleh buat kerja senang
kalau nak kene maki
kolar putih pun tak gune
kalau kentut berdaki
balik rumah penat
anak bini mintak kentaki
masak!!
kerje bertekak
dekat rumah anak sebab otak letak
minyak angin itu hari mana engkau letak?
tolong jangan bising
lagi baik engkau gerak

sudah.. sudah..
susah betul aa
ingat senang
boleh jugak
susah.. susah betul..
susahnye.. susah...

hidup ni susah (susah betul)
lagi la susah kalau kita semua jalan lurus bendul
kalau ade susah yang timbul sah pening kepala
tapi jangan huru hara
fikir betul-betul

Lirik Selamat Tinggal Sayangku-Zizan feat Dina


Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Lirik Party Sampai Pagi-Karmal feat Dj Fuzz


Dua belas dua puluh tiba masa untuk gerak
Pakai baju polo tapi kolar jangan tegak
Habis sudah kerja tiba masa gua chill
Mari ikut serta feel apa yang gua feel ,feel

Parti smpai pagi,mata pun dah rabak
Xpenat menari masih lagi lasak
Tengok kwn ligat,mana boleh kalah
Party boleh tpi jgn buat benda salah 2x

Party smpai pg psp 4x

Empat dua puluh di jam tgan casio
Masih x tidur macm kerja di radio
Salut to dj fuzz sebab dia yg buat beat
Jnis lagu yg buat lu rasa lu xnak sleep,sleep
Parti smpai pagi,mata pun dah rabak
Xpenat menari masih lagi lasak
Tengok kwn ligat,mana boleh kalah
Party boleh tpi jgn buat benda salah 2x

Parti smpai pagi,mata pun dah rabak
Xpenat menari masih lagi lasak
Tengok kwn ligat,mana boleh kalah
Party boleh tpi jgn buat benda salah 2x


Party sampai pagi,pagi
Keluar malam balik pagi,pagi
Bila kerja kita kerja dpat gaji,gaji
So hujung minggu boleh party lagi,lagi 2x

Lirik Kau Yang Punya- Malique feat Najwa


Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus

Verse 2
Kerjayaku memang kejam
pejam matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus

Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Korus

Kuhanya punya kau
dan
hip hop

Outro

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya

Lirik Bawaku Pergi-Zizan feat Kaka


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayu

Lirik Bangun Harimau Bangun- Malique


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
teruskan menghayun walau dua mata buta
Bangun bangun bangun harimau bangun
Jgn tdur lagi seteru sudah dtg
Bgun3 padg keramat ini jgn digadaikan

Sfera pun berpusing
Musim dmi musim
Di pdg bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yg ku huni ini baktinya teramat
Sakti dan keramat,kupastikan selamat
Disinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat minat ligat dipergiat
Tmpat belajar memikat,dan tendangan lipat
Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain,penyokong x lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat,tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu 'tuk berjasa pada rakyat'
Jadi harimau sekalian, bulatan perhatian kapitan bisikkan titipan unit perisikan
asah kuku taring kerna sikit lepas isyak
musuh mahu dtg rompak bumi yg dipijak bgun harimau bangun
C/o
Rombongan mreka besar lengkap bomoh pawang
Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bershaja berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padang kami tiada siapa boleh ambil,
Yg mencbar sedia tuk dicakar dan dicarik
Susun yg terbaik sebelas mulakn randik
Siapa menang dabik,kalah tabik, balik tiada timbal balik
Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Kitakan tetap menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya dmi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalm tempur
Bangun harimau bangun

Yg dihadpn pastikn trus maju
Yg di belakang pastikan trus kukuh
Mreka dtg mcm tamu kita jamu
Mreka dtg mcm musuh kita ***

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
teruskan menghayun walau dua mata buta

Lirik Bangkit- Altimet feat Dj Fuzz feat Salam


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

Lirik Bangkit-Karmal


Ini cuma luahan, dari minda si bijak,
Bukan berbual kosong, bukan aku nak riak,
Ini borak berasas, tapi tidak beralas,
Tuju pada si malas, yang suka cari nahas,
Si anak anak muda, yang berlagak dewasa,
Dan orang tua yang masih belum puas berpesta,
Remaja perasan, gaya konon bagus,
Tapi harapkan mak bapak bank in elaun beratus,
Mulutku memang laser, tapi tidak melampau,
Masih beri peluang, simpati pada engkau,
Beza kita ketara, cuma engkau tak nampak,
Aku terus melangkah, engkau masih nak lepak,
Engkau masih sangkut setempat kerana dah rosak,
Aku guna otak aku fikir di luar kotak,
Engkau masih mahu rehat macam orang yang sakit,
Jam loceng sudah bising, kini tiba masa untuk...

Bangkit, cepat bangun dari tidur,
Bangkit, matahari dah di timur,
Bangkit, tak usah lagi berangan,
Bangkit, tak usah bagi alasan,

Bila aku bangkit, hiphop jadi sihat,
Aku bukan syed, tak perlu waktu rehat,
Masih ligat macam, yang kau dapat lihat,
Dulu kau tak ingat, kini kau dah minat,
Aku mc hebat, dikejar yang lemah,
Bagi mereka mc, mereka dah mengah,
Mereka macam pelajar yang taknak belajar,
Ramai yang kurang ajar sebab kurang diajar,
Ada banyak mamat yang buat aku nak bergaduh,
Tapi buat apa tunduk sama dan jadi bodoh,
Ada juga suka tiru apa yang orang buat,
Perangai macam ini yang buat aku meluat,
Ada jadi boneka, kerana diabaikan,
Semuanya disuap, lirik dengan pakaian,
Aku asah bakat aku malam sampai pagi,
Engkau muncul, aku muncul, kau tak muncul lagi

Lirik Aku Maafkan Kamu - Malique feat Jamal


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Lirik Kongsi- Joe Flizzow


Kongsi kongsi mari bicara,
Kongsi pendapat dan juga idea,
Masuk Kongsi tiada keluar,
Biar Kongsi jadi Kongsi kita duduk diam. [x2]

Naik bukit , turun bukit,
Gua dah lama tengok wayang , tak perlu minta tiket,
Dan silakan picit telefon panggil~lah sedozen,
Gua pun teringin nak tengok lu punya sepuluh sen
Alamak lu kredit pun takde , terpaksa tembak
Tak guna lu bawak pisau ke peraduan menembak,
Tak guna ada bola kalau tak reti sepak,
Tak guna ada jalan kalau destinasi tak nampak,
Tak guna jadi gangster kalau tiada wang,
Gua tetap di jalanan tapi gua usahawan,
Gua bursa sahamkan setiap perniagaan,
Dan setiap gerak geri , pelan harus dipersiapkan,
Jangan kita mudah lupa , kita bukan selamanya muda
Jadi kerahkan tenaga , pergunakan usia,
Bila jumpa orang lama , jangan malu bersoal,
Jika mahu kunci kuasa , harus ada modal,

Kongsi kongsi mari bicara,
Kongsi pendapat dan juga idea,
Masuk Kongsi tiada keluar,
Biar Kongsi jadi Kongsi kita duduk diam. [x2]

Ada cara duduk , ada cara berdiri,
tangkap orang menyamar , tangkap orang menyanyi,
tangkap orang melalak , tangkap budak berlagak,
tangkap mulut berbuih , berbual lepas cakap,
tangkap budak kosong bogel dan tak pakai baju,
ramai sangat kelkatu , nak mendekati lampu,
teringin hendak menyinar naik sheikh , tapi tiada dinar,
bila kena pegang gegar sikit , air mata berlinang,

Bukan nak jadi brader , gua nak jadi orang berada,
supaya dapat menjaga setiap ahli keluarga,
bukan duniawi semata emas putih permata,
kadang kala aku rabun , pakaikan cermin mata,
Tuhan berikan petanda , supaya ku selamat di sana,
dan selamat di sini , setiap usaha diberkati,
budak tersusun rapi , gerak cara koperasi,
biar mereka jadi besar , Kongsi kami gergasi

Lirik Tajuk Lagu - SSK feat Jin


OK. lepak dengan Aizad Susun Teka Silangkata
datang LJ kata hey! Aku Tak Percaya Cinta
Cinta takkan Sempurna dengan Gadis Semasa
Yuna suruh ikut Gerak Hati - Lan & Typewriter
turut serta dengan Bunkface, cetuskan Recolusi
bersama Hujan band pergi encari Konklusi
Berlari dengan Tomok, berborak dengan Monoloque
bincang macam mana hidup Kalau Aku Seorang Robot
Yok Goyang, Ayuh Joget, berSyukur dengan Altimet
bila MACP bayar royalti beribu ringgit
Bingit macam Pesawat, lagi Jahat dari Stacy
Saph Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Kembali macam Butter, semua carta diconquer
Diam Diam macam Tilu, keluar album ramai suka
ramai yang Teruja macam Ella
berlatih Seribu tahun pun korang takkan tera

Saph
Hidup macam Helah Maya yang terlampau indah
boleh jadi Superhero atau hantu kak limah
Jangan kena Pukau, hidup ni bukannya senang
Kalau Berpacaran pun, hanya boleh pandang2
aku bukan Drama King, bukan Uncle Hussein
muzik aku Pelik, sebab muzik korang sepesen
lagu aku buat Kotarayaku bergegar
lagu kau macam Ilusi yang hanya kekal sebentar
aku bukan Inspektor Remos, juga bukan Kongsi
lagu macam Pelita, sumber verse aku API
Pelan-Pelan kayuh, aku tak banyak bunyi
nak cuba Bak Datang, sorang-sorang aku kasi
cuma aku, NBE, Jin dan Jocular
tendang baris, dengan skill pena Spektakular
ayat tak pernah basi, takkan ada Pengganti
tulis guna Mata Hati, buat ramai patah hati

Jin Hackman
Stop... talking smack on the microphone
He who lives in the 'great glass city' shouldn't throw stones
Time to get down down, to the sound sound
Got that foul style, ain't my fault i'm a 'wild child'
Flyer than a G6 and every other 'pesawat'
And i like girls with that 'tahi lalaaaat'
Get em on all fours and 'give em the ugh'
You 'take em to mars' son i just 'give em the ugh'
Cause i'm 'broke' broke broke takde duit dalam bank
Tapi aku hustle-lah, that means 'i'm a problem man'
So gangster taik kucings jadi 'penakut'
When i steal the spotlight, faster than a peragut
'In KL, KL big city of dreams'
'Aku Tak Femes Lagi' but i will be on your TV screen
One day one day, i be closing your show
But for now, that's sixteen and 'i gotta go' (gotta go)

Lirik Kotarayaku - Altimet feat Noh Hujan


Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba, dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila sila

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah,
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur


Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Dipijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura kura

Bukan main main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda
Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *****
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba
Di Kuala Lumpur

Aku rehat sebentar, di kaki lima
Yang jadi riba, melayan minda
Aku sedar kota, sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh, kotarayaku, ( kotarayaku )
Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu

Lirik Ikrar - Altimet feat Dj fuzz

Hey hiphop, apa khabar
Sekarang kita cukup makan tapi masih lapar,
Lama tak baca cerita dalam akhbar
Teman2 sudah lupa tapi aku masih sabar,
Tetap beria ia, tetap setia
Kalau buka cipher aku selalu sedia
Masih lidah tajam berima siang malam,
Tulis tangan kidal untuk langkah kanan,
Dari piring hitam ke atas talian,
dari sugar hill ke rakim lapan lapan
Dari suka suka ke kerja sambilan,
Ke perniagaan utk mencapai impian,
2 dekad lalu kita jadi kawan,
11 tahun sudah kita berpacaran
Tahun depan dipentas kita bagi ucapan dan
10 tahun lagi, kita semua jutawan, ha!

(Chorus)
Aku berikrar pada hiphop
Aku bawa kamu ke tiptop
So dj let the beatdrop
So so I can spit my heat rocks
Aku berikrar pada hiphop
Aku bawa kamu ke tiptop
So dj let the beatdrop
So so I can spit my heat rocks

Hey hiphop selamat ulang tahun sayang,
Aku masih cinta kamu maish gila bayang
Masih menawan tiap kali dipandang,
Tapi sekarang aku lihat kamu dgn mata lebih matang,
Tak bukan tua, kita kian dewasa,
Aku lihat pengaruh kamu merata rata
Mari kita, merantau bersama,
Dari corong radio ke cuping telinga,
Dari toprock hingga ke baby freeze,
Dari atas lidah ku ke permukaan CD
Dari TTC ke Mixology
hingga kini masih indie,
Dari ditrima semua hingga kurang popular,
Sampai tiba masa kamu kembali semula
Dari beli baju ciplak di PSKL
Hingga IPO di BSKL ha!


A L T I M E T nama ku
Tak takut nak battle kamu kamu kamu
Di kota raya, atau luar bandar,
Perlu tahu aku pantang di cabar

Lirik Selamat Malam -SSK feat Otam

hello ku ucap sambil tangan ku melambai
hati ingin pulang ke alam mimpi yang santai
suasana sepi, jauh panggang dari api
realiti haru biru, malam hingga ke pagi
haiti dilanda bencana, satu dunia haru
tapi artis hollywood hanya mampu buat lagu
perang kat timur tengah, takde orang bertindak
nak jaga hubungan politik dengan semua pihak
orang yang terang salah, kau pandang sebelah mata
stakat kaji illuminati, kau buang masa
jam pukul brape? jarum langsung tak gerak
bukan stakat merompak, orang skarang culik budak
kepala lembu diarak, ---------
gereja dan masjid dibakar, itu 1malaysia?
aku malas nak fikir, dah pening kepala
aku bukan menyindir, tapi dunia yang gila
kita pentingkan karier, lupa nak hargai dunia
dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
bila dah tiba masanya, kita menutup mata
selamat malam der, selama-lamanya

Otam
Rentak hatimu, susah sangat
kau dah mula rimas dan muka kau penat
jangan sampai kepala kau tersekat
tiba lah masanya untuk berehat
matikan lah enjinmu
tutupkan lah tingkapmu
tidurkan lah apimu
sampai esok pagi baru nyala

NBE
Apa nak jadi dengan manusia harini?
harapkan jaga, dia bunuh rakan sendiri
modus operandi Mona Fendi, kembali
takziah buat keluarga Dato' Sosilawati
orang mati sana - sini, nyawa dah tak berharga
peragut tak kira mangsa, perempuan mengandung, warga tua
kes rompakan dan ragut, semakin berleluasa
remaja tak bersenjata, di tembak dikepala
hari baik bulan baik tapi ramai yang jadi jahat
ramai nak hidup senang tanpa perlu susah penat
banyak kematian di catat, semasa Ops sikap
banyak bayi dibuang kerana si bapa silap
ramai orang ditipu sebab nak cepat kaya
muncul ramai Firaun baru dengan skim piramidnya
ramai yang jadi Qarun, bertuhankan harta
orang berada masih menindas brader tak berdaya
kita pentingkan karier, lupa nak hargai dunia
dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
bila dah tiba masanya, kita menutup mata
selamat malam der, selama lamanya

Lirik Pukimak - Manggis, NBE, Saph, Sudin Anderson


MANGGIS
fikir dahulu wanitamu dari facebook,
tanpa kawalan nafsu kita bisa lejuk
kerna wajah ayu dari fotonya jadi lesu,
bikin alat sulitku mengeras bagai jambu batu
TATKALA,siang nya ubah jadi laki,
petang solek main bola padang bole jadi
rahsia laki laki hanya tuhan yg tahu,
jari tengah ku tepat ke arah wajahmu, fuck you
izinkan ku berkata lebih panjang,
biar hancur SURAM tak payah lagi ku ulang ulang
macam aksi bodoh yg selalu korang banggakan,
makin ramai jadi gangster mengapa kau lebam
makin lucu bila dgr kau merapu, beat,lirik lagu, semuanya engkau mahu
lagi hina dari puki, wehh kaki ampu,
tak payah melawan kerna engkau tak mampuuuuuu

NBE
TIU NIA SENG, kubur masing masing
so tak kisahlah aku nak maki lu - hanjing
jangan bising (shhh), lu bebel banyak sangat
tunjuk power sangat, padahal macam pantat
lu memang kuat, bila member kat belakang
bila sorang-sorang lu hanya cakap belakang
jangan pandang belakang congkak tu (kenapa?)
sebab gua tengah hayun kat kepala lu
fuck you, fuck your crew, fuck your neighbour too
kau tak bole sepak aku sebab kaki bangku
siku engkau buruk, engkau buruk siku
aku nombor satu, engkau 3 suku
aku suka kickapo, aku benci kaki kapur
hati kau busuk macam kepala jubur
rap ni kotor tapi kitorang jujur
orang hisap rokok engkau hisap telor

SAPH
jangan bikin panas, kau tak cukup panas
aku kutuk kau, berharap sangat kau balas
kau tulis rima malas, otak kau perhiasan
kau tak ada buah, tapi tetap berangan
mulut busuk, rima kau bau longkang
kimak kau la, rap macam tulis borang
ini seni puitis penulis jalanan
orang tulis rhyme kau tulis karangan
yang bosan, dan selalunya bodoh
pakai baju mahal pun kau tetap hodoh
tak payah kena sentuh, kau memang dah goyang
budak lu ramai, tapi bertenaga sorang
lu budget best padahal orang benci
kalau terasa, tolong tembak arah sini
lu memang tak hensem sebab muka talam
sudin lu kasi tapau dorang untuk makan malam

SUDIN
nama ku sudin, emcee baru suka terkam
korang banyak ragam, konon banyak makan garam
tapi semua hati kelam dari pagi sampai malam
kalau korang kapal api, aku buat korang karam
kepala lembu, kepala babi, lepas tu kepala engkau,
apa lancau, tolong berhenti buat kacau
jangan meracau, perangai macam beruk liar,
nanti aku letupkan kau macam gadis mongolia,
BEBUDAK SAKIT dah cakap kita bukan dari brooklyn
apa ingatan kau dah hilang, macam JET TAKDE ENJIN,
takyah nak melawak, aku tau kau dok cuak,
sedarlah diri kau tu memang dah macam pukimak,
aku meluat, tengok scene sekarang,
bebudak banyak macam nak mintak pelempang,
meh sini, bakdatang, aku sepak sorang sorang,
aku BUKAN SSK, SAYA TAK SAYANG KORANG

Lirik Aku dan Dia - Karmal ft SSK & Jay Walia

Uhh.. aku dan dia, hanya aku dan dia,
Bros macam warna, mewarnai dunia,
Takkanlah bosan, dia bercerita,
Pelbagai gaya, pelbagai cara,

Banyak kenangan bersama semanis suria,
Tanpa dia hidupku tak sempurna,
Dari Sabah ke Kangar, kami mengembara,
Bersama-sama kami pergi jauh, so far,

Dari underground dasar, ke dalam rumah kasar,
Bersama umum lembut, di dalam pasar kasar,
Melalui dia aku luahkan perasaan,
Melalui dia aku serlahkan perasaan,

Aku dahagakan kejayaan,
Dia datang, tuangkan minuman,
Walaupun sekarang dia dipinggirkan,
Aku dan dia teruskan perjalanan.

Chorus
Bila malam menjelma, hanya aku dan dia,
Bila musik bergema, hanya aku dan dia,
Mengalir dari pena, itu aku dan dia,
Aku.. dia.. aku.. dan dia,

Yaw, mata masih tak lelap, langit dah kurang gelap,
Anak muda baru nak pulang dari kelab,
Tapi ku keseorangan, lebih senang begini,
Bukan di depan TV, minda bermisi,

Ku tulis baris-baris rapi, macam askar,
Susun alunan music, macam keratan akhbar,
Macam posmen ku hantar korang yang terima,
Tapi di hujung hari, hanya aku dan dia,

Dia kunci kotak, yang telah lama terkunci
Tanpa dia ku macam meja, tak berkerusi
Masa terhenti, mindaku tetap berjalan
Biarkan saja orang lain dibawah zaman,

Dia, bukan teman sementara,
Selalu disisi, tempat berbicara,
Dia, kekal selalu bersama,
Sukar untuk digambarkan, apa yang ku rasa,


Chorus
Bila malam menjelma, hanya aku dan dia,
Bila musik bergema, hanya aku dan dia,
Mengalir dari pena, itu aku dan dia,
Aku.. dia.. aku.. dan dia.

Karmal

Dah bertahun bersama, tak pernah rasa jemu,
Jatuh bangun bersama, sejak mula bertemu,
Kemana jua ku pergi dia akan ikut,
Selalu buatku tenang, menahan ribut,

Bila bulan muncul, mindaku terus terbang,
Rentak beri semangat, bekal pergi berperang,
Pena mula menari, bantu bentuk career,
Kertas menjadi lantai, dan untuk idea,

Ramai yang dah cuba, tapi tak berjaya,
Sebab ramai perasan, kononnya bergaya,
Ramai yang tak senang, kerana tak dapat,
Mereka cemburu, kita masih rapat,

Biar yang lain dengki, mengumpat pasal kita,
Aku tak akan layan, ku kejar cita-cita,
Kami tetap diatas, walau bumi terbalik,
Itu aku dan hip-hop, pasangan yang terbaik.

Lirik Hitam manis - Filsuf

Ini bukan lagu cinta
Lagu ini aku tujukkan khas untuk orang-orang yang seperti aku
kamu tahu siapa kamu
Tak perlu lagi risau tak perlulah lagu malu-malu
Dengarkan lagu ini...semoga terhibur!!

Korus
Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

Tak perlu lebih gula
Tak perlu lagi perisa untuk menambahkan rasa
Semulajadi sejak dari mula
Ramai yang tergoda,ada yang jatuh cinta
Ada juga yang jadi cemburu buta hanya kerana warna
Ada yang kata unik ada juga yang kritik
Walaupun sudah terbukti secara saintifik
Lihat saja statistik
Hitam itu menawan hitam itu klasik
Tak perlu jadi the 'Bomb' hitam itu menarik
Tak usah main tali hulur tarik hulur tarik bisik-bisik membisik
Katakan saja di depan mata
Kenapa mesti malu kenapa ragu-ragu
Katakan saja setuju
Aku mahu kalau kau mahu
Tapi kalau kau tak mahu aku pun tak akan merasa sedih tan pilu
Kerna ku tahu..Aku

ulang korus

Sepuluh budak hitam main di tepi jalan satu kena langgar tinggal (Sembilan)
Sembilan budak hitam main di dalam hutan satu sesat jalan tinggallah
(Lapan)
Lapan budah hitam mainlah kejar-kejar satu jatuh tersungkur tinggallah
(Tujuh)
Tujuh budak hitam mainlah selam-selam satu lemas dalam kolam tinggallah
(Enam)
Enam budak hitam main di tepi paya satu jatuh dalam paya tinggallah
(Lima)
Lima budak hitam mainlah lompat-lompat satu tak sempat lompat tinggallah
(Empat)
Empat budak hitam mainlah kira-kira satu tak tahu kira tinggallah (Tiga)
Tiga budak hitam ingin jadi rappers melayu dua tak cukup hitam tinggallah
(Satu)
Salah...habis Tu? Tinggal aku....

Ulang korus

Jangan sekali kau hina manusia seperti ku
Biarlah buruk di mata orang asal tidak di mata kamu
Jangan di paksa jangan memaksa
Lain mulut lain kata lain rasa lain bicara
Tak perlu saing bersaing tak perlu juga banding membanding
Ini pilihan masing-masing
Walupun rambut sama hitam hati tetap lain-lain