Selasa, 22 Mei 2012

Lirik Selamat Malam -SSK feat Otam

hello ku ucap sambil tangan ku melambai
hati ingin pulang ke alam mimpi yang santai
suasana sepi, jauh panggang dari api
realiti haru biru, malam hingga ke pagi
haiti dilanda bencana, satu dunia haru
tapi artis hollywood hanya mampu buat lagu
perang kat timur tengah, takde orang bertindak
nak jaga hubungan politik dengan semua pihak
orang yang terang salah, kau pandang sebelah mata
stakat kaji illuminati, kau buang masa
jam pukul brape? jarum langsung tak gerak
bukan stakat merompak, orang skarang culik budak
kepala lembu diarak, ---------
gereja dan masjid dibakar, itu 1malaysia?
aku malas nak fikir, dah pening kepala
aku bukan menyindir, tapi dunia yang gila
kita pentingkan karier, lupa nak hargai dunia
dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
bila dah tiba masanya, kita menutup mata
selamat malam der, selama-lamanya

Otam
Rentak hatimu, susah sangat
kau dah mula rimas dan muka kau penat
jangan sampai kepala kau tersekat
tiba lah masanya untuk berehat
matikan lah enjinmu
tutupkan lah tingkapmu
tidurkan lah apimu
sampai esok pagi baru nyala

NBE
Apa nak jadi dengan manusia harini?
harapkan jaga, dia bunuh rakan sendiri
modus operandi Mona Fendi, kembali
takziah buat keluarga Dato' Sosilawati
orang mati sana - sini, nyawa dah tak berharga
peragut tak kira mangsa, perempuan mengandung, warga tua
kes rompakan dan ragut, semakin berleluasa
remaja tak bersenjata, di tembak dikepala
hari baik bulan baik tapi ramai yang jadi jahat
ramai nak hidup senang tanpa perlu susah penat
banyak kematian di catat, semasa Ops sikap
banyak bayi dibuang kerana si bapa silap
ramai orang ditipu sebab nak cepat kaya
muncul ramai Firaun baru dengan skim piramidnya
ramai yang jadi Qarun, bertuhankan harta
orang berada masih menindas brader tak berdaya
kita pentingkan karier, lupa nak hargai dunia
dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
bila dah tiba masanya, kita menutup mata
selamat malam der, selama lamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan